Friday, February 10, 2012

Bot Kertas ( part 1 )

Tok ! Tok ! Tok !
" jom makan tmpt byasa "
aku menatap mesej yang baru diterima. "mmm.. makan? tempat biasa? " gumamku di dalam hati.. bibirku terukir satu senyuman apabila TEMPAT BIASA yang digunakan itu simbol pada gerai char keow tiaw yang menjadi tempat kegemaran kami dan ada cerita tersembunyi disebaliknya.

**********

Aku kerja sebagai juruwang di salah sebuah syarikat swasta yang agak besar juga. Kedatangan ku di sini dengan niat mencari rezeki untuk keluarga. Walaupun aku bergelar siswazah namun aku tidak malu untuk mencuba kerja sebagai juruwang. Bagi aku, setiap bulan aku perlu kirim duit untuk keluarga. Itu tanggunjawab aku. Soal malu ? aku tolak tepi dulu. Bukan halangan untuk aku mencari rezeki. Segulung ijazah hanya satu kebanggaan buatku. satu pengalaman sebab dapat mengharungi dunia universiti dengan jayanya.Kerja yang hanya suka-suka pada mulanya kini aku semakin serius. Gaji yang aku dapat akan aku titipkan buat keluarga, seperti janji ku .

Teman Lelaki? ya , aku ada teman lelaki yang amat menyayangi aku. Pertemuan kami pertama kalinya di Kedah ( IPTA ) . Walaupun dia tidak berpelajaran tinggi tapi matang. Mukanya pulak seiras Dr. Fazly ( hensem la tu) boleh la..puji lebih-lebih nanti payah pulak nak tidur malam. bila dikira, perhubungan kami sudah memasuki usia 4tahun. lama tu..

cukup serba sedikit pasal aku.

******************

" aisyah , jom makan" kata abang lan .
" jom .. woi kodok , kau ikut ka? " balas aisyah menatap wajahku
" boleh jugak , lapar bah" balas ku dengan senyuman.

Aku rapat dengan lan sebab selalu ajak keluar makan. ada kenduri mesti ajak aku sebab aku sentiasa 'on' . aku kadang-kadang tak faham dengan perangai kawanku yang lain. Mereka lagi suka lepak di tangga pintu masuk sampai pukul 11 dan balik rumah.
melayan perbualan lan buat aku rasa terasing sebab dari tadi dia cakap benda yang kosong. contohnya kehandalan dia memandu. aku kadang-kadang bosan tapi dek kerana aku menumpang, sabarlah wahai hati..
tiba di Tempat Biasa , kami mengambil tempat duduk yang strategi untuk menonton tv. masa tu aku suka otak-otak.. lain rasanya dengan otak-otak di tempat aku. aku terpandang seorang jejaka yang senyumannya menusuk kalbu.. pergh! panahan asmara ni.. aku mengunakan kesempatan yang ada untuk menilik dia dari atas ke bawah. ' macho nya ' kata ku di dalam hati....... dan bila aku teliti, dia merupakan boss di kalangan rakan-rakan nya..

adoi..aku memang tidak boleh tidur malam. aku terbayang-bayang wajahnya. tapi aku rasa mereka tahu kelakuan ku malam tu. malu wei!

*******************

aku jadi mabuk rindu. betulkah yang berlaku ni? aku kadang-kadang keliru . hatiku sudah terisi tapi kenapa perlu jatuh cinta lagi? mungkin sebab buah hati ku sudah kurang memberi perhatian padaku. kesibukkannya memancing, lepak dengan kawan membuatkan aku mencari semula perasaan dilamun cinta itu. sungguh aku sedih bila aku mengutrakan soal perkahwinan. baginya , 25 masih terlalu muda untuk dia menamatkan zaman bujangnya. tapi bagi aku, itu sudah cukup untuk mengalas tanggungjawab seorang suami. kadang - kadang kami mendiamkan diri sehingga seminggu dan aku terpaksa beralah. susahnya nak kahwin ni! di kala hatiku sedang berduka , timbul satu watak lain di hati.

*******************

" nina , mari makan tempat biasa. mau tengok itu lelaki bah " kata tan.
Tan merupakan kawan aku yang sangat setia. seorang yang blur. aku menjaga dia seperti menjaga adik aku walaupun dia tua 2tahun dari aku. tpi sebab dia slalu ditindas aku bertindak kasar untuk memastikan mereka menghormati dia. sebab dia ada perasaan jugak. untuk pengetahuan korang, dia ni pun minat dengan lelaki yang aku minat tu. means,,, lelaki tu memang hensem... hehehehe

aku berbaju t-shirt ala kadar. mengmbil tempat di tepi jalan saja. datang seorang budak dengan pen dan kertas .

' nak makan ape?' katanya
' char kewtiow , spesel ada apa ya? ' kataku..
' akak nak apa ckp jeo..spesel la tu.. ' balasnya dgn loghta utara
' mak aih..bole tahan..bih lebh udang la' balas ku
' air kak?' balsnya..
' epal hijau ka merah korang ada? '
' akak tengok epal kaler oren ko? ' selorohnya
' ko kenakan aku ya? bagi epal kaler biru satu' kataku sambil gelak..
mataku macam biasa la.. tidak lepas mencari kesempatan menatap wajahnya..
tarikan betul la dia ni.. sungguh .. aku suka dia...


be continue.. tangan sudah sakit

No comments:

Post a Comment